Saturday, September 12, 2015

Refresh....

Assalammualaikum...

Agak lama kali nie tak menjenguk blog nie kan sampai dah bersawang habis blog nie. Huuuuuu... Dulu waktu tanam anggur rajin jer nak update sampai tak tahu nak tulis apa. Btw alhamdullillah setelah puas menanm anggur yang tak berbuah tu akhirnya sampai rezeki. Diterima bekerja disebuah comercial lab pada Febuari 2014

sehingga sekarang.

Orang kata rezeki tak kemana cuma kena sabar dan tawakkal. Ingat pada janji Yang Esa setiap orang sudah tertulis rezeki,jodoh dan ajalnya dan kita kena banyak berdoa dan sabar. Waktu menanam anggur dulu, banyak mengajar saya untuk sabar dan percaya padaNyA. Sesunnguhnya waktu itu banyak menguji kesabaran kita. So pada yang masuh mengangur tu, banyakkan doa dan belajarlah untuk mengenalNya. Tak rugi!!!

Then, after few month saya mula mengenali seseorang kembali. Dia merupakan kawan sekelas matrik saya. Kami kembali berhubung dan mengenali hati budi masing2. Hahahaha macam skema jer tulisan kali nie. Finally after few month kami kenal, beliau dengan beraninya jumpa dengan abah untuk melamar... Kikikiki.. Actually bangga juga dengan Mr H nie sanggup berdepan dan cakap sendiri dengan abah...  Dari situ bermulalah perubahan hidupku... Kami bertunang pada bulan November 2014

Merisik dan bertunang

Syukur alhamdullillah akhirnya Allah menemukan jodoh saya... Sesunnguhnya aturan tuhan tu sungguh cantik.  Kami bertunang selepas 9 bulan saya bekerja dan Mr H baru jer sebulan bekerja. Actually sebelum nie Mr H sedang mengambil master yang separuh jalan . Dia tangguh belajar a.k.a berhenti belajar katanya. Bila ditanya bila nak sambung balik, macam2 alasan bagi.

 Bulan Jun, 6.6.2015 kami disatukan dengan sekali lafaz. Alhamdullillah dah jadi bini orang pulak.. Huhuhuhu...




Husband & wife!!




alhamdullillah.. Akhir tulisan, percayalah pada aturan Allah. Semoga dilimpahi rezeki dan dikurniakan jodoh yang berpanjangan...

tq, Wassalam....