Saturday, September 12, 2015

Refresh....

Assalammualaikum...

Agak lama kali nie tak menjenguk blog nie kan sampai dah bersawang habis blog nie. Huuuuuu... Dulu waktu tanam anggur rajin jer nak update sampai tak tahu nak tulis apa. Btw alhamdullillah setelah puas menanm anggur yang tak berbuah tu akhirnya sampai rezeki. Diterima bekerja disebuah comercial lab pada Febuari 2014

sehingga sekarang.

Orang kata rezeki tak kemana cuma kena sabar dan tawakkal. Ingat pada janji Yang Esa setiap orang sudah tertulis rezeki,jodoh dan ajalnya dan kita kena banyak berdoa dan sabar. Waktu menanam anggur dulu, banyak mengajar saya untuk sabar dan percaya padaNyA. Sesunnguhnya waktu itu banyak menguji kesabaran kita. So pada yang masuh mengangur tu, banyakkan doa dan belajarlah untuk mengenalNya. Tak rugi!!!

Then, after few month saya mula mengenali seseorang kembali. Dia merupakan kawan sekelas matrik saya. Kami kembali berhubung dan mengenali hati budi masing2. Hahahaha macam skema jer tulisan kali nie. Finally after few month kami kenal, beliau dengan beraninya jumpa dengan abah untuk melamar... Kikikiki.. Actually bangga juga dengan Mr H nie sanggup berdepan dan cakap sendiri dengan abah...  Dari situ bermulalah perubahan hidupku... Kami bertunang pada bulan November 2014

Merisik dan bertunang

Syukur alhamdullillah akhirnya Allah menemukan jodoh saya... Sesunnguhnya aturan tuhan tu sungguh cantik.  Kami bertunang selepas 9 bulan saya bekerja dan Mr H baru jer sebulan bekerja. Actually sebelum nie Mr H sedang mengambil master yang separuh jalan . Dia tangguh belajar a.k.a berhenti belajar katanya. Bila ditanya bila nak sambung balik, macam2 alasan bagi.

 Bulan Jun, 6.6.2015 kami disatukan dengan sekali lafaz. Alhamdullillah dah jadi bini orang pulak.. Huhuhuhu...




Husband & wife!!




alhamdullillah.. Akhir tulisan, percayalah pada aturan Allah. Semoga dilimpahi rezeki dan dikurniakan jodoh yang berpanjangan...

tq, Wassalam....








Monday, September 15, 2014

Sudah Lama Tak Ketemu ~~~

Assalammualaikum,

Dear My blog,

It have been soooo long time not updating this blog. Hhuhuhhu... Bayak perkara dalam hidup yang terjadi sejak beberapa bulan nie.. Alahai nak citer semua memang panjang tapi kita cuba pendekkan k.

Sepanjang saya hidup di bumi nie tak pernah merasa masuk hospital taw tapi ari tu nak ditakdirkan tuhan saya terkena demam denggi! Bila tuhan nak uji macam2 boleh jadi. Tuhan jer taw betapa tak suke nya saya sepanjang warded tu. Dan semestinya perkara rutin ambik darah. The bad part paling saya tak suka sekali. Sangat! Tapi sabar ajerla.. kata nak kuar cepat, so redhakan ajer...

Alhamdullillah lepas kuar hospital tu dapatlah cuti seminggu then balik Kuantan. So sekarang kite keje macam biasa sebab dah sihat. Huhuhuhu

The best part pulak sepanjang beberapa bulan nie, finally I have my 'kesayangan'.... Huhuhuhu... Alhamdullillah rezeki tuhan nak bagi and finally after six months, I have my confirmation for my job!

Nampak tak dekat situ, Setiap ujian yang tuhan nak beri, Nanti akan diselitkan sesuatu hikmah yang kita sendiri tak sangka. So always think positif jer. Nak cerita sepanjang warded tu banyak berfikir juga sebenarnya. Kenapa tuhan nak uji kita sampai macam tu sekali. Rupanya mungkin kita pernah lupa Dia dan ada sesuatu yang baik akan muncul.

So, always think positive and always bersangka baik padaNya ~ ~ ~

Assalammualaikum....

Monday, May 26, 2014

Karangan 26.05.2014

Assalammualaikum....

Hye my dear blog,

     Sorry to say this, Maybe saya tak pandai nak manage masa ataupun memang masa yang tak cukup. Hohohoho... Time keep flying fast sampai kadang-kadang tu rasa nak masa lebih. Hailaaa manusia tu la tak pernah nak bersyukur. Memang saya sendiri mengaku komitmen nak menulis dekat blog semakin merosot!

   Nie dah memang tahap kritikal cik azie!!! huhuhu... memang dah lama tak update citer pasal holiday...baking...rutin... Kihkihkih..  kalaw boleh semua nak update kat sini. Actually banyak yang tak sempat nak citer, idea dah ada cuma masa nak menaip citer tu ajer.

     Maybe one fine day....

So, cerita untuk kali nie sebenarnya tak ader pon.. Hidup bila dah semakin dewasa semakin mencabar. Then you bukan budak kecik lagi yang boleh bergantung pada orang lain. At least you boleh berdikari and paling penting kena pandai bangun sendiri bila dah jatuh. I'm admit that sometimes saya rasa nak give up.. But you must think, for how long you nak hidup sentiasa senang sahaja... For how long nak hidup selalu diatas ajer..
Wah azie pandai u susun ayat!!

hahaha...Cukuplah.. malas nak menaip lagi..Just untuk peringatan diri sendiri juga...

So lazy nak menaip then jumpa lagi :)

Saturday, March 15, 2014

Hye Dear :)

Assalammualaikum..

Dear my blog,

   It's been a month and and a few days saya menghilangkan diri. Opsss maybe should be like this, dah lama saya tidak menaip dan juga berblog. Haishhhh cik azie nie! Ok saya nak share something, finally I'm employed!!! Almost 1++ month saya dah menjadi seorang pekerja. New experienced and also new life. Pejam celik cepat jer masa berlalu.

Thinking about the menu to choose seem similar to choose what best for your life...


    Nak dijadikan cerita life belajar dan juga bekerja adalah dua kehidupan yang berbeza. At least you boleh curi masa tyme study but when you are working, masa itu ibarat emas. So nampak disitu berbeza kan..... Alhamdullilah life sekarang pon dah banyak berubah, iyalah dah jadi orang bujang kan. Kena pandai manage sudut keewangan, masa n paling penting jaga kesihatan.

   Actually there is too many cerita dalam kehidupan seseorang tu. Bermula dari awal pagi sampailah ke penghujung malam. Semua orang ada agenda masing2 right. Dah pelbagai kisah dan ragam manusia yang saya perhati dalam masa sebulan nie. Yup ada yang baik n buruknya tapi jadikan sebahagian daripada pengalaman hidup.

  Dalam tempoh nie juga saya mula belajar tuk jadi seorang yang dewasa n cuba menjadi matang dari segi pemikiran. Heeee... ^^  I'm trying k...

  Insyaallah next story saya cerita sikit apa yang saya buat di alam pekerjaan pulak.. Tapi BILA?? Insyaallah bila ada umur panjang saya menaip lagi... huhuhu

Till next story, Assalammualaikum...

#Prayfor MH370.. Semoga semuanya selamat dan dibawah lindungan tuhan. Teruskan berdoa... :')

   

Tuesday, January 21, 2014

My convo punya story (epsd 2)

Assalammualaikum...

   Dear my blog,
 
     And also hye guys... How are you? Its been a while I'm promise to share my second episode of my convo punya story. Before that, thanks to anyone who read this blog and especially my post about "Selendang Keringkram" that got much number for traffic viewers. So lets continue our day!!

 Seawal pagi lagi kami dah bertolak dari hotel. Yolah nak masuk dewan tu pagi kot and nak elak traffic sesak lagi and nak cari parking. Then dapatkan nombor giliran untuk naik pentas and beratur panjang sebelum masuk dewan. Dah feeling macam orentasi pulak..hahahha.. So dalam dewan menunggu tu sempat jumpa coursemate and take some picture kenangan...


We are in our jubah for graduation day!!


I'm choose blue!!


Tetiba nampak macam matured jer lam gambar kat atas nie.. hahahha.. Ok back to our topic, bila tiba ajer masa nak berjalan masuk dewan utama tu, dalam hati nie tuhan jer taw macam mana feelingnya, Gembira, sedih, nervous semuanya bercampur. Dah habis control tak nak bagi nangis taw..hehehe.. Alhamdullillah finally dapat juga memenuhi salah satu impian untuk bagi mama n abah tengok saya naik pentas ambik ijazah.. sooooo sweetttt.....

Then cuba teka siapa bagi ijazah tu,,, tengok la gambar...

Terima kasih Pehin Sri.... :)

Such a sweet and the best memorable story I have. Just a few minute jer semua nie and then you da berjaya graduate! Tahniah untuk diri sendiri.

 


Penghargaan yang paling istimewa buat abah n mama yang tak putus2 bagi semangat untuk akak capai semua nie... Terima kasih abah...  Ok la ini cerita tahun lepas punya... Sweet 2013! Now we have a new year to begin and more challenging!!! Akhir kata layan ganbar ajer k.. Assalammualaikum... :)



Tanda Belajar Di Sarawak...


Red Roses and teddys...thank you yea :)


Selamat tinggal Sarawak... Thanks untuk 3 tahun ini...
2010-2013




    

Thursday, December 26, 2013

My convo punya story (epsd 1)

Assalammualikum....

Dear my blog,

   Seperti yang telah di promise from last entry so I decide to share the story today! Yeay!! Gigih taw nak menaip bagai nak story one of my best and sweet moment ever in my life... Finally I dah convo!! huhu.. Alhamdullillah dengan izin dariNya berjaya juga saya menghabiskan pelajaran saya di negeri kenyalang yang bertuah nie...

  Before this pon I dah buat satu entry juga kan announced that I will convo... So now lets start to fly by MAS airlines to Kuching for my convocation day... Heeee :)

 Now I dah merasa wearing my own mortar board and jubah biru. Just sewa untuk beberapa hari jer, sebab nak beli memang I tak mampu la.. Bila da ader semua bahan2 untuk berkonvo, gunakan sebaiknya untuk photoshot di sekitar Kuching and also UNIMAS...

  Sempat juga saya dan kawan2 yang lain buat ours pre-convo photoshoot dekat Taman Sahabat. One of my favourite place juga la.. Before this pon I ader buat entry pasal Taman Sahabat so nanti kalaw nak review lagi cari la yea..hehehe.. Nak tengok gambar dikitar taman nie?? he he he.. Just a few ajer la okei, Banyak2 nanti bosan pulak kan...



Gong Xi Fa Cai... ehhhh ;)


Ada nampak background cam negeri China tak?? heee


Kami budak Kimia yang nak konvo...

Lagak mereka... happy nya la korang... hehehehe



Me n my sis :)




Tahniah korang... heee

Sampai ke petang kami bergambar.. ahaksss... nampak tak excitednya kami. Yolah lepas nie memang susah nak kumpul reramai macam nie kan.. Guys, I miss uolls so much.... Ikhlas nie.. hehehe

Oraits, esoknya barulah majlis besar kami. So saya tak nak citer lagi... Hahahahhaa... okei saya abis kan entri nie ngan gambar kat bawah.. So stay tuned untuk cerita yang seterusnya dalam dewan yang gemilaang n also gambar2.. Tadaaaa....

Kami da graduate... Kami budak kimia yang happy :)

Thursday, December 19, 2013

First xperience: Banjir!

Assalammualaikum...

Dear my blog,

    Lama juga tak post citer kan... Nak menaip citer pon tetiba rasa kekok pulak.. Actually banyak juga citer yang terperap dalam draft tu.. Nanti i release kan k..

   Dugaan tuhan tu datang dalam macam2 cara.. Jadi mungkin ini ujian untuk kami sekeluarga.. Baru2 nie rumah saya masuk air!! Air banjir la... Heboh dalam berita yang Kuantan banjir teruk kali nie! Sebelum nie i tell u rumah saya tak pernah lagi xperience musibah sebegini rupa... Bak kata abah anggap ini ujian dan dugaan.. Kita sabar dan tawakal ajer k. :')

  Maybe faktor hujan yang tak henti2 selama berhari-hari plus dengan air pasang, air tiba2 naik dengan cepat sekali. Oraits citer dia start macam nie.. heee  Saya bangun pagi tu dengar hujan lebat sangat dan of coz cuaca sejuk gilerzz... Try cek luar rumah, terkejut saya air longkang depan n belakang rumah saya dah mula penuh.. Ahaiiiiii... pagi2 da mula risau dan macam2 andaian la dalam kepala nie.. Rumah nak banjir ker..nak kena angkat barang ker... hehehe

   Then, just relax maybe hujan reda kot nanti.. Oraits hujan reda tapi sekejap jer dan mula hujan selebatnya kembali. Humm bila tengah hari pulak air dah memang naik dekat belakang rumah n stor dekat belakang tu pon dah masuk air. Fortunately tak banyak sangat barang dalam stor tu n pasu mama pon dah hampir tenggelam. Tyme nie air tak masuk rumah lagi sebab dapur boleh dikatakan agak tinggi.

 Kita terus pada kemuncak citer la, petang tu dalam pukul 4++ something air dah mula masuk dalam rumah.. Tapi dekat laman rumah tu la...Cepat2 call abah suruh balik sebab risau sangat air naik tiba2 ker kan.. Sebab kawasan rumah lain dah banjir. Malam tu dalam pukul 9 lebih air da mula masuk rumah... Ahaaaa tyme nie macam takut plus isau sesangat dah tengok air dah tak segan nak masuk rumah.. Tanpa diundang pulak tu...hahaha

   Sudah laaa barang pon tak kemas apa2 lagi taw.. Tengok jer air macam nak serbu rumah, kelam kelibut la angkat n alih sume barang elektrik n perabot. I can't figure out how I feel at that time... Macam tengok citer suspen pulak but this is reality.. Nasib baik la ader jiran yg prihatin tolong angkat barang2 nie.. Thanks a lot!!

   At that time yang saya still ingat, sume connection line fon, air n elektrik memang non hado... tak ada la maksudnya... Memang sume habis terputus.. Now I know how orang2 dulu survive. Tapi nasib baik ader torchlight n lilin. Bila tengok air cepat jer masuk dalam rumah tu suddenly I feel sangat takut. Sekarang kebesaran tuhan depan mata bilamana Dia kata rumahku banjir maka banjir la ia.. Besar sungguh ujian kali nie tapi sabar ajer la..

   Area depan rumah ader juga sekaki airnya n dalam rumah ader juga sampai atas buku lali tu.. Nanti saya tunjuk pics k... hehehehe Sempat juga i tell u ambik gambar guna kamera.. Jelas n terang sangat sebab kalaw guna kamera fon tak berapa nak clear sgt la... Gelap gelita sangat kawasan rumah waktu tu.. Perasaan takut tu memang da lama wujud. Ya lahh mana taw bahaya nak datang ker kan... Tapi alhamdullillah nasib baik sume ok.. Fortunately umah 2 tingkat so tak payah nak fikir pindah rumah.

   Sebenarnya tempat keje ayah ader juga provide bantuan menginap di hotel kalaw anda mangsa banjir tapi masalahnya jalan nak keluar pon tak taw selamat atau tak... Nak kata ada bantuan polis atau bantuan mana2 pihak pada malam tu memang tak ader... kRIK..Krik...Krik...

  Think positif, maybe tak ader sesiapa tahu kawasan rumah kami naik air kot...hohohhoho.. Malam tu nak tido pon tak lena.. Kami cuma berharap air nie cepat2 la surut.. Tetiba dalam rumah ader sungai pulak tu.. he he he he.. Alhamdullillah akhirnya dalam pukul 2 lebih air dah mula surut. Tu pon sebab terjaga dari tido nak cek air kat bawah n tengok2 abah dah mula kaut air kuar dari umah... Sebab penat plus ngantok gilez naik bilik tido semula... sorry abah tinggal sorang2 kat bwh... heee Tapi esoknya saya bangun awal terus basuh rumah k!! huhuhuhu

Nak tengok suasana banjir sebenar??? Jom layan..









So, inilah gambar yang dapat di share kan.. tak dapat nak upload banyak sebab internet slow macam siput jer.. Heeeeeee.. Suasana dalam gambar2 nie actually waktu malam. Tapi dengan kuasa camera yang superb hebat n profesional nampak macam waktu siang jer... HAHAHA...  tetiba dalam rumah ada sungai pulak kan.. hoho ujian dari tuhan kita sabar ajer la.

Nak tengok suasana kawasan rumah. Nah lihat bawah....



Krik.. Krik... Krik...




~Next, nak story pasal my convocation day!!! Wait for that ok.. :)