Saturday, September 12, 2015

Refresh....

Assalammualaikum...

Agak lama kali nie tak menjenguk blog nie kan sampai dah bersawang habis blog nie. Huuuuuu... Dulu waktu tanam anggur rajin jer nak update sampai tak tahu nak tulis apa. Btw alhamdullillah setelah puas menanm anggur yang tak berbuah tu akhirnya sampai rezeki. Diterima bekerja disebuah comercial lab pada Febuari 2014

sehingga sekarang.

Orang kata rezeki tak kemana cuma kena sabar dan tawakkal. Ingat pada janji Yang Esa setiap orang sudah tertulis rezeki,jodoh dan ajalnya dan kita kena banyak berdoa dan sabar. Waktu menanam anggur dulu, banyak mengajar saya untuk sabar dan percaya padaNyA. Sesunnguhnya waktu itu banyak menguji kesabaran kita. So pada yang masuh mengangur tu, banyakkan doa dan belajarlah untuk mengenalNya. Tak rugi!!!

Then, after few month saya mula mengenali seseorang kembali. Dia merupakan kawan sekelas matrik saya. Kami kembali berhubung dan mengenali hati budi masing2. Hahahaha macam skema jer tulisan kali nie. Finally after few month kami kenal, beliau dengan beraninya jumpa dengan abah untuk melamar... Kikikiki.. Actually bangga juga dengan Mr H nie sanggup berdepan dan cakap sendiri dengan abah...  Dari situ bermulalah perubahan hidupku... Kami bertunang pada bulan November 2014

Merisik dan bertunang

Syukur alhamdullillah akhirnya Allah menemukan jodoh saya... Sesunnguhnya aturan tuhan tu sungguh cantik.  Kami bertunang selepas 9 bulan saya bekerja dan Mr H baru jer sebulan bekerja. Actually sebelum nie Mr H sedang mengambil master yang separuh jalan . Dia tangguh belajar a.k.a berhenti belajar katanya. Bila ditanya bila nak sambung balik, macam2 alasan bagi.

 Bulan Jun, 6.6.2015 kami disatukan dengan sekali lafaz. Alhamdullillah dah jadi bini orang pulak.. Huhuhuhu...




Husband & wife!!




alhamdullillah.. Akhir tulisan, percayalah pada aturan Allah. Semoga dilimpahi rezeki dan dikurniakan jodoh yang berpanjangan...

tq, Wassalam....








Monday, September 15, 2014

Sudah Lama Tak Ketemu ~~~

Assalammualaikum,

Dear My blog,

It have been soooo long time not updating this blog. Hhuhuhhu... Bayak perkara dalam hidup yang terjadi sejak beberapa bulan nie.. Alahai nak citer semua memang panjang tapi kita cuba pendekkan k.

Sepanjang saya hidup di bumi nie tak pernah merasa masuk hospital taw tapi ari tu nak ditakdirkan tuhan saya terkena demam denggi! Bila tuhan nak uji macam2 boleh jadi. Tuhan jer taw betapa tak suke nya saya sepanjang warded tu. Dan semestinya perkara rutin ambik darah. The bad part paling saya tak suka sekali. Sangat! Tapi sabar ajerla.. kata nak kuar cepat, so redhakan ajer...

Alhamdullillah lepas kuar hospital tu dapatlah cuti seminggu then balik Kuantan. So sekarang kite keje macam biasa sebab dah sihat. Huhuhuhu

The best part pulak sepanjang beberapa bulan nie, finally I have my 'kesayangan'.... Huhuhuhu... Alhamdullillah rezeki tuhan nak bagi and finally after six months, I have my confirmation for my job!

Nampak tak dekat situ, Setiap ujian yang tuhan nak beri, Nanti akan diselitkan sesuatu hikmah yang kita sendiri tak sangka. So always think positif jer. Nak cerita sepanjang warded tu banyak berfikir juga sebenarnya. Kenapa tuhan nak uji kita sampai macam tu sekali. Rupanya mungkin kita pernah lupa Dia dan ada sesuatu yang baik akan muncul.

So, always think positive and always bersangka baik padaNya ~ ~ ~

Assalammualaikum....

Monday, May 26, 2014

Karangan 26.05.2014

Assalammualaikum....

Hye my dear blog,

     Sorry to say this, Maybe saya tak pandai nak manage masa ataupun memang masa yang tak cukup. Hohohoho... Time keep flying fast sampai kadang-kadang tu rasa nak masa lebih. Hailaaa manusia tu la tak pernah nak bersyukur. Memang saya sendiri mengaku komitmen nak menulis dekat blog semakin merosot!

   Nie dah memang tahap kritikal cik azie!!! huhuhu... memang dah lama tak update citer pasal holiday...baking...rutin... Kihkihkih..  kalaw boleh semua nak update kat sini. Actually banyak yang tak sempat nak citer, idea dah ada cuma masa nak menaip citer tu ajer.

     Maybe one fine day....

So, cerita untuk kali nie sebenarnya tak ader pon.. Hidup bila dah semakin dewasa semakin mencabar. Then you bukan budak kecik lagi yang boleh bergantung pada orang lain. At least you boleh berdikari and paling penting kena pandai bangun sendiri bila dah jatuh. I'm admit that sometimes saya rasa nak give up.. But you must think, for how long you nak hidup sentiasa senang sahaja... For how long nak hidup selalu diatas ajer..
Wah azie pandai u susun ayat!!

hahaha...Cukuplah.. malas nak menaip lagi..Just untuk peringatan diri sendiri juga...

So lazy nak menaip then jumpa lagi :)

Saturday, March 15, 2014

Hye Dear :)

Assalammualaikum..

Dear my blog,

   It's been a month and and a few days saya menghilangkan diri. Opsss maybe should be like this, dah lama saya tidak menaip dan juga berblog. Haishhhh cik azie nie! Ok saya nak share something, finally I'm employed!!! Almost 1++ month saya dah menjadi seorang pekerja. New experienced and also new life. Pejam celik cepat jer masa berlalu.

Thinking about the menu to choose seem similar to choose what best for your life...


    Nak dijadikan cerita life belajar dan juga bekerja adalah dua kehidupan yang berbeza. At least you boleh curi masa tyme study but when you are working, masa itu ibarat emas. So nampak disitu berbeza kan..... Alhamdullilah life sekarang pon dah banyak berubah, iyalah dah jadi orang bujang kan. Kena pandai manage sudut keewangan, masa n paling penting jaga kesihatan.

   Actually there is too many cerita dalam kehidupan seseorang tu. Bermula dari awal pagi sampailah ke penghujung malam. Semua orang ada agenda masing2 right. Dah pelbagai kisah dan ragam manusia yang saya perhati dalam masa sebulan nie. Yup ada yang baik n buruknya tapi jadikan sebahagian daripada pengalaman hidup.

  Dalam tempoh nie juga saya mula belajar tuk jadi seorang yang dewasa n cuba menjadi matang dari segi pemikiran. Heeee... ^^  I'm trying k...

  Insyaallah next story saya cerita sikit apa yang saya buat di alam pekerjaan pulak.. Tapi BILA?? Insyaallah bila ada umur panjang saya menaip lagi... huhuhu

Till next story, Assalammualaikum...

#Prayfor MH370.. Semoga semuanya selamat dan dibawah lindungan tuhan. Teruskan berdoa... :')

   

Tuesday, January 21, 2014

My convo punya story (epsd 2)

Assalammualaikum...

   Dear my blog,
 
     And also hye guys... How are you? Its been a while I'm promise to share my second episode of my convo punya story. Before that, thanks to anyone who read this blog and especially my post about "Selendang Keringkram" that got much number for traffic viewers. So lets continue our day!!

 Seawal pagi lagi kami dah bertolak dari hotel. Yolah nak masuk dewan tu pagi kot and nak elak traffic sesak lagi and nak cari parking. Then dapatkan nombor giliran untuk naik pentas and beratur panjang sebelum masuk dewan. Dah feeling macam orentasi pulak..hahahha.. So dalam dewan menunggu tu sempat jumpa coursemate and take some picture kenangan...


We are in our jubah for graduation day!!


I'm choose blue!!


Tetiba nampak macam matured jer lam gambar kat atas nie.. hahahha.. Ok back to our topic, bila tiba ajer masa nak berjalan masuk dewan utama tu, dalam hati nie tuhan jer taw macam mana feelingnya, Gembira, sedih, nervous semuanya bercampur. Dah habis control tak nak bagi nangis taw..hehehe.. Alhamdullillah finally dapat juga memenuhi salah satu impian untuk bagi mama n abah tengok saya naik pentas ambik ijazah.. sooooo sweetttt.....

Then cuba teka siapa bagi ijazah tu,,, tengok la gambar...

Terima kasih Pehin Sri.... :)

Such a sweet and the best memorable story I have. Just a few minute jer semua nie and then you da berjaya graduate! Tahniah untuk diri sendiri.

 


Penghargaan yang paling istimewa buat abah n mama yang tak putus2 bagi semangat untuk akak capai semua nie... Terima kasih abah...  Ok la ini cerita tahun lepas punya... Sweet 2013! Now we have a new year to begin and more challenging!!! Akhir kata layan ganbar ajer k.. Assalammualaikum... :)



Tanda Belajar Di Sarawak...


Red Roses and teddys...thank you yea :)


Selamat tinggal Sarawak... Thanks untuk 3 tahun ini...
2010-2013




    

Thursday, December 26, 2013

My convo punya story (epsd 1)

Assalammualikum....

Dear my blog,

   Seperti yang telah di promise from last entry so I decide to share the story today! Yeay!! Gigih taw nak menaip bagai nak story one of my best and sweet moment ever in my life... Finally I dah convo!! huhu.. Alhamdullillah dengan izin dariNya berjaya juga saya menghabiskan pelajaran saya di negeri kenyalang yang bertuah nie...

  Before this pon I dah buat satu entry juga kan announced that I will convo... So now lets start to fly by MAS airlines to Kuching for my convocation day... Heeee :)

 Now I dah merasa wearing my own mortar board and jubah biru. Just sewa untuk beberapa hari jer, sebab nak beli memang I tak mampu la.. Bila da ader semua bahan2 untuk berkonvo, gunakan sebaiknya untuk photoshot di sekitar Kuching and also UNIMAS...

  Sempat juga saya dan kawan2 yang lain buat ours pre-convo photoshoot dekat Taman Sahabat. One of my favourite place juga la.. Before this pon I ader buat entry pasal Taman Sahabat so nanti kalaw nak review lagi cari la yea..hehehe.. Nak tengok gambar dikitar taman nie?? he he he.. Just a few ajer la okei, Banyak2 nanti bosan pulak kan...



Gong Xi Fa Cai... ehhhh ;)


Ada nampak background cam negeri China tak?? heee


Kami budak Kimia yang nak konvo...

Lagak mereka... happy nya la korang... hehehehe



Me n my sis :)




Tahniah korang... heee

Sampai ke petang kami bergambar.. ahaksss... nampak tak excitednya kami. Yolah lepas nie memang susah nak kumpul reramai macam nie kan.. Guys, I miss uolls so much.... Ikhlas nie.. hehehe

Oraits, esoknya barulah majlis besar kami. So saya tak nak citer lagi... Hahahahhaa... okei saya abis kan entri nie ngan gambar kat bawah.. So stay tuned untuk cerita yang seterusnya dalam dewan yang gemilaang n also gambar2.. Tadaaaa....

Kami da graduate... Kami budak kimia yang happy :)

Thursday, December 19, 2013

First xperience: Banjir!

Assalammualaikum...

Dear my blog,

    Lama juga tak post citer kan... Nak menaip citer pon tetiba rasa kekok pulak.. Actually banyak juga citer yang terperap dalam draft tu.. Nanti i release kan k..

   Dugaan tuhan tu datang dalam macam2 cara.. Jadi mungkin ini ujian untuk kami sekeluarga.. Baru2 nie rumah saya masuk air!! Air banjir la... Heboh dalam berita yang Kuantan banjir teruk kali nie! Sebelum nie i tell u rumah saya tak pernah lagi xperience musibah sebegini rupa... Bak kata abah anggap ini ujian dan dugaan.. Kita sabar dan tawakal ajer k. :')

  Maybe faktor hujan yang tak henti2 selama berhari-hari plus dengan air pasang, air tiba2 naik dengan cepat sekali. Oraits citer dia start macam nie.. heee  Saya bangun pagi tu dengar hujan lebat sangat dan of coz cuaca sejuk gilerzz... Try cek luar rumah, terkejut saya air longkang depan n belakang rumah saya dah mula penuh.. Ahaiiiiii... pagi2 da mula risau dan macam2 andaian la dalam kepala nie.. Rumah nak banjir ker..nak kena angkat barang ker... hehehe

   Then, just relax maybe hujan reda kot nanti.. Oraits hujan reda tapi sekejap jer dan mula hujan selebatnya kembali. Humm bila tengah hari pulak air dah memang naik dekat belakang rumah n stor dekat belakang tu pon dah masuk air. Fortunately tak banyak sangat barang dalam stor tu n pasu mama pon dah hampir tenggelam. Tyme nie air tak masuk rumah lagi sebab dapur boleh dikatakan agak tinggi.

 Kita terus pada kemuncak citer la, petang tu dalam pukul 4++ something air dah mula masuk dalam rumah.. Tapi dekat laman rumah tu la...Cepat2 call abah suruh balik sebab risau sangat air naik tiba2 ker kan.. Sebab kawasan rumah lain dah banjir. Malam tu dalam pukul 9 lebih air da mula masuk rumah... Ahaaaa tyme nie macam takut plus isau sesangat dah tengok air dah tak segan nak masuk rumah.. Tanpa diundang pulak tu...hahaha

   Sudah laaa barang pon tak kemas apa2 lagi taw.. Tengok jer air macam nak serbu rumah, kelam kelibut la angkat n alih sume barang elektrik n perabot. I can't figure out how I feel at that time... Macam tengok citer suspen pulak but this is reality.. Nasib baik la ader jiran yg prihatin tolong angkat barang2 nie.. Thanks a lot!!

   At that time yang saya still ingat, sume connection line fon, air n elektrik memang non hado... tak ada la maksudnya... Memang sume habis terputus.. Now I know how orang2 dulu survive. Tapi nasib baik ader torchlight n lilin. Bila tengok air cepat jer masuk dalam rumah tu suddenly I feel sangat takut. Sekarang kebesaran tuhan depan mata bilamana Dia kata rumahku banjir maka banjir la ia.. Besar sungguh ujian kali nie tapi sabar ajer la..

   Area depan rumah ader juga sekaki airnya n dalam rumah ader juga sampai atas buku lali tu.. Nanti saya tunjuk pics k... hehehehe Sempat juga i tell u ambik gambar guna kamera.. Jelas n terang sangat sebab kalaw guna kamera fon tak berapa nak clear sgt la... Gelap gelita sangat kawasan rumah waktu tu.. Perasaan takut tu memang da lama wujud. Ya lahh mana taw bahaya nak datang ker kan... Tapi alhamdullillah nasib baik sume ok.. Fortunately umah 2 tingkat so tak payah nak fikir pindah rumah.

   Sebenarnya tempat keje ayah ader juga provide bantuan menginap di hotel kalaw anda mangsa banjir tapi masalahnya jalan nak keluar pon tak taw selamat atau tak... Nak kata ada bantuan polis atau bantuan mana2 pihak pada malam tu memang tak ader... kRIK..Krik...Krik...

  Think positif, maybe tak ader sesiapa tahu kawasan rumah kami naik air kot...hohohhoho.. Malam tu nak tido pon tak lena.. Kami cuma berharap air nie cepat2 la surut.. Tetiba dalam rumah ader sungai pulak tu.. he he he he.. Alhamdullillah akhirnya dalam pukul 2 lebih air dah mula surut. Tu pon sebab terjaga dari tido nak cek air kat bawah n tengok2 abah dah mula kaut air kuar dari umah... Sebab penat plus ngantok gilez naik bilik tido semula... sorry abah tinggal sorang2 kat bwh... heee Tapi esoknya saya bangun awal terus basuh rumah k!! huhuhuhu

Nak tengok suasana banjir sebenar??? Jom layan..









So, inilah gambar yang dapat di share kan.. tak dapat nak upload banyak sebab internet slow macam siput jer.. Heeeeeee.. Suasana dalam gambar2 nie actually waktu malam. Tapi dengan kuasa camera yang superb hebat n profesional nampak macam waktu siang jer... HAHAHA...  tetiba dalam rumah ada sungai pulak kan.. hoho ujian dari tuhan kita sabar ajer la.

Nak tengok suasana kawasan rumah. Nah lihat bawah....



Krik.. Krik... Krik...




~Next, nak story pasal my convocation day!!! Wait for that ok.. :)


 

Time for Bake!!

Assalammualaikum...

     Dear my blog,

          Hye and assalammualaikum my dear... How are you?? heee Oraits back to our topic today, last 3 months I had a baking class. Kelas nie organised by Syafa academy dan diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang nie dalam 9 tahun juga laaa dan saya panggil beliau K.Umi. So sorry asyik sumenya baru nak update.. So jom sambung cerita lagi sambil layan gambar sikit2 yea....

    Before that, let me story sikit la.. Kelas nie diadakan di Sungai isap, Kuantan. Saya dapat belajar cara2 buat 3 jenis kek iaitu Indulgence, carrot and Red velvet cakes. Kelas diadakan dengan cara praktikal means bukan secara theory jer taw. So memang tak rugi bayar yuran kelas nie.. heeee

Oraits nie ajer la yang dapat di share kan...  Layan jer:


Gambar di atas tu adalah group saya untuk kelas nie..  Pelbagai peringkat umur dan pelbagai pengalaman.. Oh ya tak lupa juga hasil daripada pembelajaran hari tu.. Tadaaa ni la kek kami.. Nice and cute.. Good job girls!! hehehe..

Next inilah semua peserta yg join kelas pada hari tu... Fuhhhh agak ramai juga tu kan.. Masing2 ader banyak juga experience dalam baking nie.. So sharing is caring right!


Now lets zoom our cake... Jangan jeles... hahaha


Banyak input and some tips yang berguna dah diperolehi.. Hasilnya saya pun dah mula berjinak jinak dalam hal mem "baking" nie... So please support me k.. Dapatlah juga isi masa lapang n dianggap part time.. Tidaklah boring sangat duduk rumah.. Oraits kita sambung citer lagi pasal baking2 nie ok.. Saya akhirkan citer nie dengan gambar cupcake red velvet specially homemade by cik azie sendiri taw.. Tatapan untuk kalian..huahuahua.. Kalaw nak sila order k :)  



Assalammualaikum...




     


Thursday, September 19, 2013

Konfem Konvo!!

Assalammualaikum...

    Dear my blog,

       Alhamdullilah.. akhirnya ada juga nama untuk saya konvo tahun nie! You know what... I'm really feel happy that finally I can have my own jubah and mortar board sndiri.. Syukur sangat dan rasa macam dalam mimpi jer... Dari kecik lagi nak merasa sume nie.. Alhamdullilah segalanya tercapai..





So, after this dah bley start planning tuk satu family fly ke Sarawak. Hurmmm yang da setel buat masa nie flight and hotel. Plan nak bawak family pegi mana tak susun lagi tapi yang pasti mama request must go to Serikin!..hahahaa..  Insyaallah lepas nie da boleh2 sambung sume planning nie.. Nasib baik la saya taw sikit2 jalan kat Sarawak tu.. So saya la tour guide nya..heeee

Alright, later I will update more story k.. Till then Assalammualaikum  ^_^

Wednesday, August 28, 2013

(^_^)

Assalammualaikum...

   Dear My blog,

             Today almost 2 weeks I'm home.... Then seriously feeling like I have nothing..feeling zero.. Ya la kan kalaw  duduk kat Kuching tu ader jer keje and ade jer benda yang nak kena buat sendiri. But now my rutin totally changed.. Kemas rumah, masak and of course pick up my sister from school. Baru 2 minggu dah mula rasa kebosanan ini belum lagi minggu yang seterusnya. At least ader jugalah pengisian yang dibuat.. So what I do?? My new project "Felt"




Alrights for a some time only.. Kalaw rasa nak buat, terciptalah toys nie... heee Sometimes adalah juga gathering dengan kawan2 sekolah lama.. Seronok juga dapat berkumpul dengan diaorang nie.. Cerita pasal sume bendalah..  Hurm nampak sangat sebenarnya post kali nie tak ader cerita menarik. So k.. at least I'm put some effort to create new post rather than nothing...heeheee

Alrights nanti kalaw ader pape cerita ada lah k.. nanti saya sharekan juga.. But for now terima jer lah dulu apa yang saya ada sekarang nie...

Thursday, August 22, 2013

The best rewards ever..

Assalammualaikum...

        Dear my blog,

        Yuhuu finally home sweet home.. Banyak cerita yang terjadi pada hari jadi saya yang lepas.. Tuhan jer la yang tahu apa yang saya rasa tyme tu. Tapi alhamdullilah setiap ujian yang diberikan ada hikmah disebaliknya... Bersyukur sangat..

         Nak dijadikan cerita, flight saya hari tu sepatutnya pukul 5.45 pm tapi retimed to 7.25 pm and again retimed to 8.10 pm... First tyme retimed tu boleh la terima lagi sebab masih der masa nak kejar next flight to Kuantan.. Then bila kali ketiga flight tu retimed balik of course tak kan sempat.. Jadi apa yang pihak Mas cuba tolong tukarkan flight saya awal sikit la.. Unfortunately still can't landing on time... cause the bad weather I thought.

         So, nak cerita lagi sebelum depart dari kuching tu saya ader terima call daripada seorang staff Mas perihal next flight saya.. Dalam flight tu saya buat cool jer..hahaha...borak2 ngan kawan saya n malam tu kebetulan tak ramai passengers so buat macam kapal sendiri jap..heee.. Dalam cool tu pon tengok juga jam..Kalaw flight nie x landing lam kol 9.40 pm alamatnya goodbye la.. But no worries, flight saya dpt refund balik tapi keesokan paginya..

        The good point here is the service that I got that day is really..really good..another words excellent! Sampai jer dekat KLIA saya da ready nak dpt bad news tu.. Yes I miss that flight but the good things happen..hee.. Alhamdullilah pihak Mas support good food and accomodation too.. I got meal and my own room hotel.. The first new experience ever.. Jadi setiap kesulitan yang saya alami hari itu is overcome with something good...Sangat-sangat bersyukur..


       Alhamdullilah dapat juga tempat nak rehat yang sangat selesa. I got one room at Sama-sama Hotel. Ujian dalam bulan Ramadhan tapi akhirnya rewards berganda-ganda terbaik. Apalagi jadi jakun sekejap alone dalam bilik yang serba mewah dekat hotel 5 star nie pada hari lahir hari tu... hahaha.. Boleh lah nak dikatakan the unpredictable rewards. Ok jom kita review sikit biliknya cam ner...





Movie dia banyak i cerita kat u..haha

The best spot ever...





Perfect..breakfast, luggange and room key

Maafkan saya jika anda rasa entry nie melebih-lebih pulak ker kan.. Bukan itu maksud saya.. Tapi bersyukur sangat hari tu.. Betullah setiap ujian yang menimpa tu pasti ader hikmah yang baik disebaliknya.. The good things will be comes after the hard things,., Trust me! It's true.. Yang penting kita sabar jer la kan... That's the key..heee

Sorry la yea cerita nie dah berminggu jer terperap jadi drafts.. Baru sekarang la nak publish... Jadi inilah sebahagian ceritaku..hahaa.. Then special thanks to MAS for the best services given to me on that day :)

Assalammualaikum...





Monday, July 29, 2013

Turn 22

Assalammualaikum...

     Dear my blog,

              Today is the day where I turn to 22...hahaha.. It's adding every year!!.. Enough to say that it's time for you to think more matured and don't be like kids sangat la..But maybe sometimes is allowable..hahaha

              Syukur masih dipanjatkan lagi usia. Selama 22 tahun hidup di muka bumi Allah nie.. Everyday I have learn something about life..how to bahave..how to act... dari kecik sampai besar nie takkan pernah berhenti nak belajar...It's true right!

              Hopefully this age will made me more matured! and yes I want to perform and manage a good career... Saya nak kumpul aset and start to think more about life..More future in another age,, Such a adults stuff.... Start to think and plan it.. Fuhhh..

            Thats why slalu orang cakap kita akan rindu zaman kanak2 kte..Yup zaman yang tak perlu nak susah hati fikir and plan anything pon..Just follow.. But it's changed now azie! You are not child anymore.. Life must go on.. Pray for the best future..future life..future career..and maybe also future husband..hahaha :)

           Ok that's all for today.. Happy birthday to me! This is the best birthday gifts ever I had.. Finally I'm home..Actually on my way fly to Kuantan.. So anyone who read this..Please help me pray for my success in my future life..Insyaallah u will got the better future too... Thanks to mama n abah..always!!

Bukak2 google tbe2 kuar gmbar kek..ae utk saya rupanya..sweet la google :)



XOXO

azie ^ ^

Saturday, July 20, 2013

Namanya Selendang Keringkam

Assalammualaikum...

        Dear my blog,

        Pernah dengar tak Selendang Keringkam?? Kalaw tak tahu..Nie saya nak bagi tahu. Selendang Keringkam nie ialah selendang tradisional yang terkenal di Sarawak nie. Itu antara maklumat yang saya tahu la.. Keunikkannya ialah pada corak yang terdapat pada selendang yang berrmotifkan sulaman bunga ataupun geometri.  For your information, sulaman tu menggunakan benang emas atau perak!

       Pernak tak tengok benang emas dan perak? Kalaw benang emas of courselah warna cam kekuningan dan benang perak warnanya macam silver skit.. Selain itu juga, nak menyulam corak nie pada selendang memerlukan tempat seperti menenun sutera tu..tapi saya tak ingat lah nama alat tu..Sorry k.. Tapi macam meja la dimana kain tu diteganngkan untuk memudahkan proses menyulam tu...

Nie contoh yang saya dapat lihat untuk corak2 selendang keringkam;







Kalaw tengok sendiri memang cantik dan unik.. Tapi bukan sebarangan orang yang mampu memiliki tudung nie..Harganya agak mahal kerana penggunaan benang emas dan perak.. Selalunya wanita di Sarawak akan menempah tudung nie intuk di pakai pada Hari Bahagia mereka. Malah nak mencari orang yang membuat selendang nie pun agak susah juga..Tak semua orang yang pandai buat selendang ini disebabkan memerlukan kemahiran dan  ketelitian yang sangat tinggi. Jadi bagi anda yang nak mencuba memakai di Hari Bahagia anda bolehlah menempahnya yup... 

Berpeluang juga lah saya merasa memakai selendang nie tapi pinjam jer..nak beli tak mampu lah...hehhee..jom tengok gambar model yang tak berpengalaman nie posing,,hehe







Hhahaha...tak pandai sangat nak posing bagai tu.. Cukuplah nampak motif kat tudung tu kan.. Actually, saya dapat merasai pengalaman nie pun sebab menemani kakak senior tahun akhir tuk tugasan PTA. K.Izan saya panggil dia plus dia jugalah photographer yang ambik semua gambar  nie,, Saya pulak menyibuk jer kat situ.. TUp..tup...dapat juga merasa pakai selendang mahal kan..  Thanks k.izan bawak saya merasai semua nie,, 

Plus jangan terkejut tengok gambar tu k..Gambar lama sangat dah tu.. Tapi nak sharing juga pasal keunikkan selendang nie...Tak ramai yang tahukan..So sekarang dah tahulah serba sikit kan..heee


*credit to K.izan sebab saya dpt kenal salah satu keunikkan selendang nie.. PTA K.Izan pon dah settle dan beliau sekarang telah pon bergraduat.. :)


Wednesday, July 17, 2013

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

Assalammualaikum...

      Dear my blog,

      Woo Huu.. For the first time nak try join contest " I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com" which I know it from my friends blog. So why not saya try jugakan..Kalaw tengok pada hadiahnya awesome sangat plus sangatlah banyak penajanya.. boleh klik kat sini untuk lihat semua hadiah-hadiah yang awesome nie Prizes 

    In addition siapa tak nak hadiah semua tu kan,..Yup I love giveaway ^^



So nak tahu macam maner nak join contest nie.. Boleh la jalan2 ke blog nisakay  untuk mengetahi lebih lanjut mengenai contest nie... Only 5 steps da boleh join..So check it out for more details k!.. Don't forget..


*mana la taw kot2 ader rezeki join contest nie kan..give a try now!!

Tuesday, July 16, 2013

Tahun ketiga

Assalammualaikum...

        My dear blog,
   
       Antara sedar atau tidak rupanya dah masuk tahun ketiga saya menulis blog nie.. Fuyoo kalaw baby nie dah merangkak kot...hahaha... Hari ini dalam kelas ada lecturer tanya siapa ada blog?? Hee saya senyap jer.. Bukan apa tak nak lah terlalu expose sangat per saya tulis dan sharing dalam blog nie.. However, congrats to myself because you have maintain to write in this blog for all this time. Hahaha

      For sure, kadang2 tu saya blogwalking kat blog sendiri..hee.. Bila saya baca dari awal penulisan saya sampai lah sekarang..Disitu nampak tahap kematangannya.. Yup kadang2 tu rasa macam kelakar juga..Tapi tak per la saya biarkan jer sume post2 tu.. Tapi sekarang tak tahu lah tahap pemikiran dah cukup matang atau tidak... Hahaha..Insyaallah matang la tu...

      Rasanya sebelum nie pun dah pernah cerita sebab saya menulis blog nie.. Kesimpulan dari preview saya sendiri sepanjang waktu saya menulis blog nie..memang tak ikut turutan pun.. Pakai hentam jer nak sharing pasal apa... Maaflah yea..nie kawasan saya..sesuka hati lah nak tulis pape pun..Jadi sapa nak baca..Silakan..sapa tak nak sila pergi...haha..

       Jadi sesiapa yang baca blog saya nie.. thank you very much dear.. I'm appreciate it!! Teruskan ber blogwalking anda disini k.. Seriously kisah dalam blog nie banyak apa yang saya lalui sepanjang saya merantau di negeri orang nie...Lepas nie balik duduk negeri sendiri jer..

   


Rasa-rasanya lah kan sepanjang tiga tahun belajar nie.. der nampak makin matured ker?? hehehe .. Ok till then..see you later :)


*lambat laun orang akan tahu juga kewujudan blog saya nie.. maybe One fine day..

Saturday, July 13, 2013

Salam Ramadhan...

Assalammualaikum,

       Dear my blog,

       Alhamdullillah..syukur dipanjatkan kepada tuhan yang Maha Esa kerana masih lagi mampu untuk menunaikan ibadah puasa kali ini. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadahan Al-mubarak kepada semua umat islam... Puasakah anda hari ini?? hee... Wajiblah puasa kan... Kecuali sekiranya anda mempunyai sebab musabab yang kukuh jer k...

      Kali nie saya berkesempatan berpuasa di Kuching. Wee bukak puasa awal laaaa... hahaha.. Tapi ingat kita berpuasa bukanlah berharap untuk berbuka awal taw.. Kembali pada tujuan asal sebab kita berpuasa. Kita berpuasa untuk mengajar diri supaya bersabar, menahan nafsu dan meningkatkan kualiti ibadah kepada tuhan yang satu, Allah. Bukan hanya untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata...



      Cuba anda fikir dari sudut yang berbeza atau lain dimana kita berpuasa selama sebulan sahaja, daripada 12 bulan Islam mahupun bulan-bulan biasa. Sebulan untuk kita memperbaiki dan menaik taraf kualiti diri dimana bulan ini kita boleh belajar untuk meningkatkan tahap kesabaran dalam diri dan juga mensyukuri nikmat tuhan yang telah diberikan selama kita hidup ini. 

      Jadi bagi sesiapa yang rajin ke bazar tu, beringat-ingatlah ketika berbelanja. Jangan ikut nafsu jer taw.. Nanti yang rugi diri sendiri juga.. Disini kesabaran dan menahan nafsu makan tu kita boleh praktikkan. Cubalah amalkan..Seperti saya, ketika di bazar memang nafsu makan tu meluap-luap nak makan tu..nak ini.. Tapi ingat! Makan sekadar yang mencukupi jer k.. Janganlah sampai perut buncit ke depan.. Nanti nak terawih susah la pulak nak fokus kan..



       Setiap hari cuba muhasabahkan diri..cuba dekatkan diri padaNya. Sesungguhnya perasaan itu sangat tenteram bahkan lagilah kita akan mensyukuri apa yang ada selama ini. Bersederhana jer la ramadhan kita kali ini k tapi kayakan ibadah kita dan kualiti diri yang baik. Insyaallah...


       Maafkan saya kerana saya bukanlah ustazah pilihan, mahupun orang yang tinggi ilmu..Saya hanya hamba Allah yang mampu untuk berfikir dari sudut positif.. Sekadar perkongsian apa yang saya rasa dan hanya untuk mengajak semua berfikir secara positif dengan apa yang terjadi dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi dalam setiap dugaan dan ciptaan yang telah diberikan oleh Allah. Jadi akhir kata daripada saya, Selamat berpuasa dan beribadah... Selamat berbuka selepas azan Maghrib yea.. :)

Assalammualaikum ...
      





~ 2 pictures above credit to Mr. Google (as usual)...
~banner picture yang paling bawah tu hak cipta terpelihara ayaisazie.blogspot.com punya k!

Friday, July 5, 2013

Kompang di palu..

Assalammualaikum...

        Dear my blog,

                 uit..uit..dah boring sesangat tak tahu nak buat pape. So tengok2 lah gambar kat dalam hard disk nie..Tetiba saya nampak gambar kenduri kahwin anak prof kami..heee Tyme nie kalaw tak silap third year, semester pertama. Cantik kalaw tengok gambar orang kahwin kan..

Giliran saya? Insyaallah tak lama lagi cuma sekarang nak tumpu untuk kumpul aset untuk diri sendiri dulu k.. Kenduri kahwin anak prof nie diadakan disebuah dewan yang besar, sorry tak ingat nama dewan tu tapi kenduri nie kat Kuching. Itu betul.

Uniknya kenduri kahwin kat sini, kalaw dah majlis start pukul 11pagi jadi kena datang sebelum majlis. This is because they have own fixed time for this type of caremony. Contohnya lah kan, majlis start pukul 11 pagi dan habis pukul 12.30 pm. Kalaw anda datang lepas pukul 12.30 pm, alamatnya tolong cuci periuk jer la.. Majlis pun dah habis dan semua orang pun dah bersurai. But actually its good kan. Tak der lah  penat sangat nak kena layan tetamu. Masa untuk majlis pun tak lama, sebelah petang dah boleh rehat2.


So, the bride and groom;






Tumpuan pada awalnya memang la pada pengantin kan n then pada pelamin nya pulak.. Besar juga pelamin ari tuu.. Kami pun sempat juga ambik gambar, tu yang penting k..heee


Sabar..kejap lagi dah nak makan..



with bride n groom and also with prof n wife..

Thanks prof sudi jemput kami.. merasa juga lauk kenduri kahwin kat sini kan..hehehe.. sempat juga kami men2 ambik gambar dengan props yang ader..hasilnya;


1 vs 4..hehehe..jgn mare yea..x bermaksud pape pon k..


Sebelum balik, ambik gambar dulu..bye2


Lastly nak balik umah daa... Bila perut dah kenyang moh la gerak..Rajin lah pulak kalaw nak tolong kemas sume pinggan mangkuk n periuk belanga,,,

Hahahha...inilah hasilnya, bila kebosanan semua benda boleh jadi cerita. At least der la something that I can do..right.. Nsib ader blog, kalaw boring boleh la review balik story zaman2 dahulu. Kononnya lah..

Till then, kalaw der cerita nanti saya share lagi k.. assalammualaikum ^ ^