Monday, July 1, 2013

Jom makan seafood

Assalammualaikum...

      Dear my blog,
               Saya nak bayar hutang, sebab saya baru perasan ada satu cerita, Delicious food tu saya janji nak sharing tapi tak cerita lagi kan. So meh la sini dengar ini cerita baik punya. 

Disebabkan kami dah janji lepas habis presentation VIVA projek tahun akhir nak makan besar2. Kononnya nak celebrate lah kan..But still kene buat budget! Alhamdullillah sebab makan ramai2 dapatllah juga berjimat. So team makan ini adalah;




Jadi tempat makan pilihan kami ialah:



Tadaaaa... Topspot! Yup nak makan seafood kat bandar Kuching nie kat sinilah tempatnya. Dulu asyik dengar jer orang cerita tempat nie. Then we decide nak try juga makan di sini. Topspot nie memang terletak di tengah-tengah bandar Kuching nie. Kalaw nak detail, bila jumpa tugu patung kucing2 yang banyak tu. Maksudnya dah dekat lah tu.. 


Sesi meng 'order' makanan...

So, what we decide to eat? hehehe.. Tengah order makanan pun sempat nak snap picture kan.. Banyak sangat menu yang sedap2 kat sini. But for your information, kedai kat sini ala2 foodcourt yang bercampur kedai makan cina dan melayu. Insyaallah jangan risau kedai melayu ini memang orang melayu yang punya. Nie pun saya dapat tahu daripada coursemate yang memang dah biasa makan kat sini. 

Lets check out our menu for that dinner...





Banyak sangat menu yang kami pilih. Antaranya Ikan 3 rasa (kalaw x silap), sotong goreng tepung,
ambal masak kari, udang goreng butter, umai obor2, tomyam pot tek dan sayur kailan. Yummy so delicious! 

Umai obor2 tu salah satu makanan tradisi orang Sarawak, rasanya memang unik dan sedap. Ambal tu pun first tyme makan taw. Rasanya memang liat2 sikit tapi sedap. heee... Semuanya sedap. 

Bila soal harga, memang berpatutan bila makan ramai2 macam nie. Jadi kalaw datang ke Kuching jangan lupa cuba makan kat sini k. Salah satu  tempat mesti datang bila datang ke Kuching. 

Till then see you next post.. assalammualaikum... \^_^/


Acknowledgement: mira for all pictures...

No comments:

Post a Comment