Saturday, July 13, 2013

Salam Ramadhan...

Assalammualaikum,

       Dear my blog,

       Alhamdullillah..syukur dipanjatkan kepada tuhan yang Maha Esa kerana masih lagi mampu untuk menunaikan ibadah puasa kali ini. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadahan Al-mubarak kepada semua umat islam... Puasakah anda hari ini?? hee... Wajiblah puasa kan... Kecuali sekiranya anda mempunyai sebab musabab yang kukuh jer k...

      Kali nie saya berkesempatan berpuasa di Kuching. Wee bukak puasa awal laaaa... hahaha.. Tapi ingat kita berpuasa bukanlah berharap untuk berbuka awal taw.. Kembali pada tujuan asal sebab kita berpuasa. Kita berpuasa untuk mengajar diri supaya bersabar, menahan nafsu dan meningkatkan kualiti ibadah kepada tuhan yang satu, Allah. Bukan hanya untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata...



      Cuba anda fikir dari sudut yang berbeza atau lain dimana kita berpuasa selama sebulan sahaja, daripada 12 bulan Islam mahupun bulan-bulan biasa. Sebulan untuk kita memperbaiki dan menaik taraf kualiti diri dimana bulan ini kita boleh belajar untuk meningkatkan tahap kesabaran dalam diri dan juga mensyukuri nikmat tuhan yang telah diberikan selama kita hidup ini. 

      Jadi bagi sesiapa yang rajin ke bazar tu, beringat-ingatlah ketika berbelanja. Jangan ikut nafsu jer taw.. Nanti yang rugi diri sendiri juga.. Disini kesabaran dan menahan nafsu makan tu kita boleh praktikkan. Cubalah amalkan..Seperti saya, ketika di bazar memang nafsu makan tu meluap-luap nak makan tu..nak ini.. Tapi ingat! Makan sekadar yang mencukupi jer k.. Janganlah sampai perut buncit ke depan.. Nanti nak terawih susah la pulak nak fokus kan..



       Setiap hari cuba muhasabahkan diri..cuba dekatkan diri padaNya. Sesungguhnya perasaan itu sangat tenteram bahkan lagilah kita akan mensyukuri apa yang ada selama ini. Bersederhana jer la ramadhan kita kali ini k tapi kayakan ibadah kita dan kualiti diri yang baik. Insyaallah...


       Maafkan saya kerana saya bukanlah ustazah pilihan, mahupun orang yang tinggi ilmu..Saya hanya hamba Allah yang mampu untuk berfikir dari sudut positif.. Sekadar perkongsian apa yang saya rasa dan hanya untuk mengajak semua berfikir secara positif dengan apa yang terjadi dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi dalam setiap dugaan dan ciptaan yang telah diberikan oleh Allah. Jadi akhir kata daripada saya, Selamat berpuasa dan beribadah... Selamat berbuka selepas azan Maghrib yea.. :)

Assalammualaikum ...
      





~ 2 pictures above credit to Mr. Google (as usual)...
~banner picture yang paling bawah tu hak cipta terpelihara ayaisazie.blogspot.com punya k!

No comments:

Post a Comment